Friday, 2 July 2021

Yakinin aja

"Kudrat kita hanya sebatas mengusahakan. Soal hasil, itu kuasa Tuhan untuk menentukan" 

Lalu, aku bilang kata orang-orang usaha tidak akan mengkhianati hasil. Ya udah, jalanin aja. 

Kau bilang yakinin aja. 

Andai saja segampang itu untuk yakin. Yang pasti tidak segampang itu. Bukan mempersoalkan kuasa Tuhan, tapi aku yang selalu tidak percaya diri. Aku yang selalu meragukan diri sendiri apakah usaha aku yang sebesar zarah ini layak dikabulkan oleh Dia? Aku yang selalu merasakan harus kerja lebih keras lagi untuk Dia menentukan yang terbaik untuk diri ku. Tapi kata-kata kau bagai semilir air yang berpuput lembut menyejukkan hati yang gundah. 

Kau benar. Yakinkan saja rencana Tuhan. Bagaimana cara Tuhan membuat kerja itu bukan urusan kita kerna Dia punya cara tertentu untuk mengabulkan hasil hambaNya. Hei kau, terima kasih ya untuk semangatnya. 

Wednesday, 30 June 2021

NJ

Mimpi yang datang beberapa malam lalu itu menceritakan tentang indahnya kehidupan baru yang dilalui. Bahagia sekali. Namun, baru tersedar realitinya tidak begitu. Realitinya kau dan aku tidak pernah ada apa apa. Ya ada cuma mimpi dan minat kita yang sama. Kau dan aku hanyalah sebatas kenalan. Mimpi itu seolah-olah mahu menceritakan sesuatu. Lalu mimpi itu aku kisahkan kepada dua manusia yang aku percaya. Pandangan dari uda dan dara yang menyokong jika mimpi itu menjadi realiti lalu diaminkan doa oleh mereka. Aku tertanya-tanya kenapa dan apa sebab yang kukuh mereka mahukan mimpi itu mejadi realiti? Lalu baru aku ketahui bahawa kau manusia yang diidolakan oleh semua orang di fakulti kerana aura mu. Benar aura mu boleh dirasai oleh semua termasuk aku walau kita jarang sekali bersua muka dan berbicara. Hanya saja berbicara lewat media sosial baru-baru ini. Dan paling parah lagi wajah mu hadir di setiap fikiranku beberapa hari ini. Tiada apa yang aku harapkan. Jika Dia berkehendak untuk menyatukan ya aku terima sahaja tanpa meragui kerna aku tahu He knows what's best for me.